2016
Sunday, December 6, 2015 ✿ 6:30 PM ✿ 0 Royal Person (s)
Assalamualaikum..
Hello!
Okay act aku takut gila nak masuk tahun baru.Bila tengok calendar dah bulan Disember.
Yah! Cepat sangat masa berlalu.Aku duk rasa macam aku ni baru 15 thn.
Aku bakal meninggalkan zaman kanak2 walaupun tak boleh tinggal cartoons :P
Aku tak bersedia lagi la! Spm woi!
Bukan benda main2.Spm tentukan masa depan hang.Dan hang tak dak masa untuk bermain-main mahupun bercinta.
Aku clash sebab spm ja weh! Tak dak maknanya untuk lelaki lain or what.
Mungkin dia tak paham.Mungkin dia rasa macam aku ni pulun.So what?! Hahahahaha
Aku tak kisah dia nak cakap apa.
Mungkin alasan untuk fokus Spm tak bermakna untuk dia.
Ya macam aku kata tadi.
AKU TAK KISAH!
Yang aku kisah sekarang masa depan aku.Kalau dia tak faham aku memang sahla dia bukan masa depan aku.
Dia pun nampak syok ja so takdak ah risau sangat.Hahaha!
Back to the topic.
Aku pun sedang mencari tusyen2 yang bagus dan hebat.Hahahahaa! Over kan?
Kena over lah sebab masa depan kot.
Nanti takdak masa dah nak melayan perasaan.
Takdak dah masa untuk gila2 macam dulu.
Focus babe focus!
Aku cuba memperbaiki kembali kelemahan2 aku yang dulu.
Mungkin agak susah tapi kena cuba.
Yala, bukan senang nak ubah habits kita yang lama.
Memang agak jahil sikit ah dulu.
Dulu ja sekarang tamo dah.
Aku bayangkan mama dengan abah bangga dengan aku.Oh! nikmatnya weh.
Nikmat sangat bila kita dapat buktikan kat orang yang suka lekehkan kita dengan kejayaan kita.
Bila fikir balik memang la susah nak dapat 10A.Tapi tak salah kot kalau kita cuba sebaik yang mungkin supaya tak sia2 mama dengan abah bersusah payah kerja siang malam sebab nak sara kita supaya berjaya.Apa yang mama dengan abah bagi semua untuk kejayaan aku. Mama dengan abah usaha jugak supaya aku dapat apa yang aku perlu.
Orang kaya takpa la tak kalut sangat.
Aku ni orang sederhana ja.
And now! Aku nak balas baik jasa mama dengan abah.
Aku pulak kena usahakan apa yang mama dengan abah nak.
Aku nak bagi depa rasa kesenangan yang sepatutnya depa dapat.
Time tu aku sanggup sara semua adik aku belajaq.
Tapi cita2 pun kena tinggi la.Hahahaha!
Risau jugak aku kalau tak boleh dapat skor.
Cita2 tinggi sangat!
Takpa aku cuba.Aku cuba sedaya upaya.
Dan aku boleh buat.Boleh buat.
Aku ni jenis malas belajar.Dekat nak exam baru kalut study.Tu pun study tak study sangat pun.
Sekarang lepas sembahyang.
Buka lagu pastu pulun buat hw yang cg fizik bagi.Tapi aku buat sikit2 ja lah.
Sebab aku kena study tajuk yang tak sempat belajaq habis tu.Boleh la jugak faham sikit2 daripada tak paham langsung kan?
Aku berazam yang aku nak berjaya dengan sahabat2 seperjuangan aku.
Aku akan lebih bahagia bila dapat berjaya dengan kawan2.
InsyaaAllah dengan izin Allah kita mesti boleh buat.
Okay,I got to go
Bye,Assalamualaikum.
P/s : Kita takkan dapat apa pun kalau kita tak usaha dan berdoa.